RSS

Jom Santai.....!

        Salam.....Bertemu lagi yer.... dalam post kali ni saya nak kongsi cerita pasal dress untuk kita santai2..pegi jalan2... Kita pakai simple jer tapi kena la bersesuaian... kena la pandai dress kn..
         Kat sini saya nak bg contoh dressing yang mnjadi pilihan saya. tetap labuh dari punggung. ok kan...? Pakaian ini sangat sesuai untuk kita p jalan2 bersama kawan2. Saya suka pakai simple shirt dan kemeja. Saya jugak suke baju yang boleh dikenakan dengan baju inner, ia akan nmpak lebih smart. Tapi better kita pakai inner tu yang longgar. 
          Seluar ngan Baju tu kita harus pastikan ia sesuai taw.. jangan biar ia nampak x matching plak, kn dah cacat... Selendang atau tudung pun kita kena la pandai cari warna dan sesuai kan dengan baju. ton warna pada selendang amat mudah bagi kita sesuaikan dengan baju. 
         Anda pon mesti ada style anda tersendiri kan...Saya sume nak kongsi jer...klu berminat boleh la cube...=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

i LOVE shawl...

       Hai,.....bertemu lagi! pada post kali nie saya nk kongsi skit pasal shawl atau dalam bahasa melayu nya selendang. Selendang sekarang semakin popular di kalangan wanita sekarang. Ramai yang menggemari pemakaian selendang termasuk lah saya...=)
        Selendang ini sesuai dipakai bersama apa jua baju. Dan ingat kita jangan la memakai selendang yang terlalu jarang. Jkalau jarang pon kita kena la pandai2 tutp aurat 2....contohnya dengan memebelit selendang tu sebanyak 2 kali. kan dah xnampak leher. So tiada alasan untuk kekal bergaya.
         Untuk pengetahuan anda semua, shawl boleh dipakai atau dibelit dengan pelbagai cara. kadang2 tu kita kena la pandai membelitnya. Try jer cara kita sendiri..at least ia nmpak cantik dan kemas bila dipakai. Klu xtahu sangat boleh la searh kat you tube cara pkai selendang. 
        Sekarang ni kalau anda semua perasan, banyak sangat kan jenis shawl kat pasaran. Sampai rambang mata jadinya. semua saya nak try, nasib baik la selendang ni xmahal sangat kn... boleh la jgak beli untuk bergaya. Setiap gadis pasti nak kelihatan cantik kan...So anda boleh la cube pakai shawl ni. Anda akan kelihatan lebih manis, cute dan catik....Try taw!
           

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manis Si Gadis Skirt…

            Hai Sume…! Bertemu lagi di post seterunya. Kali ini saya nak kongsi cerita pasal skirt, nk bagi idea dan pandangan tentang pemakaian skirt. Saya sangat pasti….pasti ramai di luar sana sangat gemar jika sekali sekala kita mencuba pakai skirt. Pasti anda semua akan kelihatan manis.
            Skirt ini sangat sesuai jika kita mengenakan skirt dengan kemeja kecil. Tapi jangan terlalu ketat yer…cari la yang bersesuaian dengan potongan badan. Dan juga sesuai dengan skirt yang kita pakai. T shirt juga sesuai jika kita pakai dengan skirt ni, tapi lebih cantik jika t shirt itu tidak terlalu besar. Pasti anda semua akan kelihatan sangat manis dan comel.
            Sekarang nie kat pasaran, terdapat pelbagai jenis skirt, bermacam-macam warna. Sangat cantik…..kan? kita kenala bijak memilih.. jangan sampai terlalu mahal tapi tidak cantik. Tidak salah jika kita beli yang murah tapi kelihatan cantik. Peranan kira sebagai pemakai kena la bijak menggayakannya. Ton warnanya jugak sangat penting untuk kita gayakan bersama tudung atau tudung. Do you get it…? Selamat bergaya ya…..=) 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantiknye Pakai Jubah….


Hai sume…Assalamualaikum… kali ini saya nak cerita plak pasal pemakaian jubah. Anda suka jubah? Pada pendapat sy la…bla kta pakai jubah ni, ia akan menampakkan kita lebih tinggi..elegant. setuju x??
Wanita yang sangat suka pada imej timur tengah, pasti akan memiliki banyak jubah. Untuk pengetahuan sume, jubah ni sesuai dipakai dimana sahaja.. tak kira la ke dinner ke, kampus ke, tempat kerja ke..sume sesuai. Tiada masalah. Lebih sesuai jika jubah ini dipadankan dengan selendang yang bersesuaian, betul x?? nmpak mcm Arabian gitu…
 Tambah2 sekarang terdapat pelbagai jenis jubah sekarang, rambang mata jgak klu nak pilih. Terdapat jubah moden sekarang kat pasaran…sangat cantik. Sebenarnya, jubah ini adalah lambang pakaian Islam. Jubah telah dipakai pada zaman Rasulullah dulu lagi, sehingga sekarang ia masih lagi dipakai terutamanya di negara2 timur tengah, seperti Mesir, Mekah dan lain lagi.
So saranan Yaya..tak salah jika kita mencuba pakai jubah untuk pergi kampus atau tempat kerja. Anda sume akan kelihatan lebih anggun jika bijak memilih jubah dan dipadankan dengan tudung atau selendang.. Pasti sume mata akan terpaku pada anda. Selamat mencuba…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayu nye bila pakai BaJu KurUNg..

Assalamualaikum semua…! Kali ini saya n kongsi cerita pasal baju kurung. Bila korg  selalunya pakai baju kurung? Adakah hanya pada hari raya…? Sebenarnya, saya suka tengok pompuan pakai baju kurung…ayu jer….sangat ayu.  Tambah2 zaman sekarang ni org slalu pkai baju kurung kain cotton, dan baju kurung moden. Pakai plak dengan shawl yg bersesuaian …lgi la cantik kn…
Kat sini saya nak cerita ckit sejarah baju kurung.  Baju kurung merupakan pakaian tradisional Melayu. Sehingga kini, baju kurung tetap menjadi pilihan perempuan untuk ke kampus, tempat kerja, dan majlis2 rasmi. Sebenarnya, baju kurung sangat menampakkan imej keayuan dan kesopanan yang mana sesuai dengan ciri2 Melayu sejati.
Menurut Judi Achjadi dalam buku “Pakaian Daerah Wanita Indonesia”,
menyatakan bahawa baju kurung diperkenalkan di Indonesia oleh
pedagang-pedagang Islam dan India Barat. Baju ini mempunyai pengaruh
Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk Tunik, iaitu bentuk leher
yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.
Pada zaman dahulu, baju kurung dicipta dalam keadaan ketat dan singkat, namun ia telah diubah menjadi keadaan seperti sekarang. Sangat cantik kan…? So…pkai la baju kurung selalu, bakal mak mertua pun suka. Hehehe…. Kenal tak Ana Rafali?? Perasan tak dengan imej yang dibawa nya.. bukan senang kan nak jumpa artis yang bawa imej baju kurung. Saya berasa sangat bangga ketika melihat nya sebab ada jgak artis yang nak bwak imej Melayu asli.
So, baju kurung ini sebenarnya boleh digayakan dengan pelbagai gaya. Tapi kena la cari tudung atau selendang yang bersesuaian dengan baju tu… then, anda akan kelihatan sangat cantik.. tengok contoh kat bawah ni….=)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS