RSS

Sentuhan Warna- warni Cinta

Wajah sebelum diberi sentuhan warna-warni cinta


Kenakan sedikit sentuhan bedak asas dan bedak compact. Jenama yang disyorkan ialah Bedak 2 in 1 Miyami...

Kenakan sedikit celak untuk menampakkan mata anda lebih bundar seperti model diatas. Jangan lupa letakkan maskara yer kalau rajin la. Kesannya pasti memukau.

Kemudian, kenakan eyeshadow warna cinta kegemaran anda. 

Selepas itu, kenakan eyeliner di atas mata anda untuk menampakkan mata anda lebih cantik. Eyeliner boleh digunakan dalam bentuk cecair dan pensil. Ikut la citarasa anda. Jika kening anda nipis, boleh la letakkan sedikit sentuhan celak disitu. Tetapi jgn mencukurnya yaaa...

Kemudian, letakkan blusher warna-warna cinta pilihan anda dan bersesuaian dengan warna kulit anda. Nanti takut jadi macam badut pulak..

 Letakkan sedikit lipstik warna-warna cinta pilihan anda yang bersesuaian dengan sentuhan make up anda. Jangan terlalu over taw.

Jangan lupa kenakan lipgloss warna-warna cinta. Ia akan menampakkan bibir anda lebih mempersona. Ia akan kelihatan berkilat dibibir pemakai. 


Dah Siap....Cantik tak..? Simple jer, sesuai digayakan ketika santai-santai dan ke kuliah atau ke pejabat. 



~SeLamAt MEncuBa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment