RSS

Kasut @ Sepatu

        Salam sume....dan selamat sejahtera buat anda sume..terutama yang menjadi follower saya. Terima kasih saya ucapkan. 
         Klai ini saya ingin berkongsi minat mengenai penggayaan kasut atau sepatu ataupun sendle. Saya suke beli kasut...hehe. Tapi tak de la sampai banyak koleksi. penggayaan kasut bersama dengan baju sangat penting dalam meningkatkan keanggunan dalam diri wanita itu sendiri. Kalau kasut tak kena dengan baju...nampak tak cantik kan. Sape kat sini minat heel? Saya pun suke...tapi kita kena pakai dengan baju yang bersesuian la, contohnye, dengan baju kurung ke, kebaya ke, jubah ke... tapi kalau selalu pakai pon tak elok jugak kan. Kalau keluar santai-santai saya prefer pakai sendle. bagi saya, ia senang sikit untuk kita bergerak sana-sini. Kalau pakai heel, membantutkan la pergerakan tu. 
        Kalau nak pergi temuduga pulak, haruslah pakai kasut formal. tu kan syarat kita sebagai penemuduga kan...? 
        Pemilihan warna pon penting. Contohnya, kalau baju biru tak kan la kita nak pkai heel pink kan... Pelik tu. Kalau nak save bajet untuk lengkapkan dengan semua baju, beli jer kasut or heel or sendle warna hitam atau putih. Kan senang....


Heel nie sesuai la digayakan ke dinner atau majlis-majlis untuk menampakkan lebih vouge.

Suke sangat....cumellll.....

Agak Klasik, tapi cantik..Sesuai untuk majlis formal.

Sangat Simple.....

~~Selamat Bergaya Semua~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hiasan Hijab

        Salam Sejahtera semua.....! 
Sihat ke....pada post kali nie, saya nak kongsi minat pasal pemakaian hiasan pada hijab pulak. Sekarang ni kalau kita tengok kat pasaran...banyak sangat jenis-jenis hiasan. Rambang mata jadinye...
         Kalau anda semua perasan, kat pasaran ada pelbagai jenis hiasan seperti cekak, bunga, reben dan sebagainya. kalau dari jenis cekak, macam2 design yang boleh kita jumpa. ada yang berbentuk rama-rama, ada jugak yang berbentuk reben, ada jugak yang berbentuk mahkota dan sebagainya. Tetapi pemakaiannya haruslah tepat dengan shawl yang anda pakai. Takut xsesuai pulak atau terlalu crowded kat atas kepala itu.
         Saya suke yang jenis simple jer...Saya suka bunga. Saya tak suka sangat kalau atas kepala saya penuh dengan hiasan2. better saya letak bunga jer... Tetapi itu mengikut pilihan hati anda la, untuk memakainya. Nasihat yaya, pilihlah hiasan yang bersesuaian....jangan terlalu crowded yaaa.... Selamat Mencube.....


Antara koleksi yaya....

Sekuntum bunga biru..simple..


 Reben...pemakai akan tampak lebih cute.

Hasil gabungan warna merah dan hitam. Hiasan memberi lebih keyakinan kepada pemakai. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sentuhan Warna- warni Cinta

Wajah sebelum diberi sentuhan warna-warni cinta


Kenakan sedikit sentuhan bedak asas dan bedak compact. Jenama yang disyorkan ialah Bedak 2 in 1 Miyami...

Kenakan sedikit celak untuk menampakkan mata anda lebih bundar seperti model diatas. Jangan lupa letakkan maskara yer kalau rajin la. Kesannya pasti memukau.

Kemudian, kenakan eyeshadow warna cinta kegemaran anda. 

Selepas itu, kenakan eyeliner di atas mata anda untuk menampakkan mata anda lebih cantik. Eyeliner boleh digunakan dalam bentuk cecair dan pensil. Ikut la citarasa anda. Jika kening anda nipis, boleh la letakkan sedikit sentuhan celak disitu. Tetapi jgn mencukurnya yaaa...

Kemudian, letakkan blusher warna-warna cinta pilihan anda dan bersesuaian dengan warna kulit anda. Nanti takut jadi macam badut pulak..

 Letakkan sedikit lipstik warna-warna cinta pilihan anda yang bersesuaian dengan sentuhan make up anda. Jangan terlalu over taw.

Jangan lupa kenakan lipgloss warna-warna cinta. Ia akan menampakkan bibir anda lebih mempersona. Ia akan kelihatan berkilat dibibir pemakai. 


Dah Siap....Cantik tak..? Simple jer, sesuai digayakan ketika santai-santai dan ke kuliah atau ke pejabat. 



~SeLamAt MEncuBa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS